MMU WEBSITE

STAD PORTAL

ONLINE PORTAL

ISTEAM PORTAL

CYBERMEDIA

 



 

 
 



CALENDAR  

JADUAL KELAS
TAFAQQUH MASJID AL-IRSHAD MMU


Isnin:
Kitab:Madarij Salikin
Penyampai:
Ust. Ahmad Zainal Abidin

Selasa:
Pengajian Al-Quran & Asas Tajwid
Penyampai:
Ust. Mohd Luthfi hj Bakar

Rabu:
Tazkirah
Penyampai:
Hj Zamzuri Abd Majid

Khamis:
Bacaan S. Yaasin & Tafsir Surah Pilihan
Penyampai:
Ust. Mohd Luthfi hj Bakar


JADUAL BERTUGAS
KHATIB JUMAAT
MASJID AL-IRSHAD MMU


Solat Jumaat 02 Mac. 2007
Tempat: Masjid Al-Irshad MMU
Khatib: Ust. Mohd Luthfi hj Bakar

Tajuk Khutbah:
Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa


Solat Jumaat 09 Mac 2007
Tempat: Masjid Al-Irshad MMU
Khatib: Ust. Mohd Luthfi hj Bakar

Tajuk Khutbah:
Penguasaan Sains Dan Teknologi Satu Kefardhuan


Solat Jumaat 16 Mac 2007
Tempat: Masjid Al-Irshad MMU
Khatib: Ust. Mohd Luthfi hj Bakar

Tajuk Khutbah:
Tuntutan Menjaga Kebersihan Diri Dan Kawasan Sekitar


Solat Jumaat 23 Mac. 2007
Tempat: Masjid Al-Irshad MMU
Khatib: Ust Ahmad Zainal Abidin

Tajuk Khutbah:
Kewajipan Menjauhi Amalan Rasuah


Solat Jumaat 30 Mac. 2007
Tempat: Masjid Al-Irshad MMU
Khatib: Ust. Mohd Luthfi hj Bakar

Tajuk Khutbah:
Diantara Kelebihan Rasulullah S.A.W Dan Maulidurrasul


PROGRAM AKAN DATANG


FORUM PERDANA

Tajuk:"DILEMA CINTA REMAJA"
Panel:
Ust Sheikh Ismail Hashim (YADIM)
Ust Syahrin Md Jamaluddin (MAIJ)

Tarikh: 10 Mac 2007
Tempat:
Main Hall Universiti Multimedia
(Kampus Melaka)

Kerjasama
Bahagian RumahKu SyurgaKu
Jab Ketua Menteri Melaka


----------------


KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA
2007

PROGRAM UTAMA
Pertandingan Mewarna
Pertandingan In-door Game
Permainan Tradisional
Pertandingan Bayi Comel

Tarikh: 17 Mac 2007
Tempat:
Main Hall & CLC Concourse
Universiti Multimedia
(Kampus Melaka)

Kerjasama
Bahagian RumahKu SyurgaKu
Jab Ketua Menteri Melaka


----------------

FESTIVAL NASYID
SEMPENA
SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Mempersembahkan
Kumpulan Fareast, Nowseeheart,
Firdaus, faizal tahir (OIM)
dan DJ Erwan (IKIM)

Kerjasama:
Khai Adwork,
Bah.Rumahku Syurgaku
Jabatan Ketua Menteri Melaka

----------------

Kursus Pemahaman & Penghayatan Islam
Tarikh: 6 - 8 April 2007
Tempat:
Inst. Latihan Islam Malaysia

Kerjasama
Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia


PROGRAM YANG TELAH DIANJURKAN


PROGRAM KORBAN 1427 H
Tarikh: 03 Januari 2007
Tempat:
Universiti Multimedia
(Kampus Melaka)

----------------

Kursus Pra Perkahwinan
Tarikh: 10 & 11 Febuari 2007
Tempat:
Universiti Multimedia
(Kampus Melaka)

Kerjasama
MAIM BENTARA

----------------




 
   

 
 

Web Diary MMU

Webmail MMU

 
 

WAKTU SOLAT

 
     
     
 

SAHIH MUSLIM

"1)Anas r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka "

"Anas, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Prophet (may peace and blessings be upon him) said: There are three qualities, whoever is characterized by them will relish the sweetness of faith: One to whom Allah and His Messenger are dearer than all else; one who loves a man only for Allah's sake; and one who abhors returning to infidelity after Allah has rescued him from it as he abhors being cast into Hell. "


"2)Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala "


"'A'ishah, may Allah be pleased with her, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) said: One who is proficient in the Qur'an is associated with the noble, upright, righteous angels; and he who falters in it, and finds it difficult for him, will have a double reward. "


"3)Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri "


"Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, narrated: The Prophet (may peace and blessings be upon him) observed: None among you will be a truthful believer till he likes for his brother or for his neighbor that which he loves for himself. "


"4)Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain "


"'Abdullah bin Mas'ud, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) said: There should be no envy but only in case of two persons: one having been endowed with wealth and power to spend it in the cause of Truth, and (the other) who has been endowed with wisdom which he uses for judging and teaches it (to others). "


"5)Abdullah bin Amru bin Al-As r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun kedua orang tuanya? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya "


"'Abdullah bin 'Amr bin Al-'As, may Allah be pleased with them, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) observed: Abusing one's parents is one of the major sins. They (the hearers) asked: Messenger of Allah, does a man abuse his parents? He (the Holy Prophet) replied: Yes, one abuses the father of another man, who in turn abuses his father. One abuses his mother and he in turn abuses his (the former's) mother. "


"6)Abu Hurairah r.a: Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan serta berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu orang itu berkata: Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku. Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesiapa yang ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini "


"Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: A Bedouin came to Allah's Messenger (may peace be upon him) and said: Messenger of Allah, direct me to a deed by which I may be entitled to enter Paradise. Upon this he (the Holy Prophet) remarked: You worship Allah and never associate anything with Him, perform the obligatory Prayer, and pay the prescribed Zakah, and observe the Fast of Ramadan. He (the Bedouin) said: By Him in Whose Hand is my life, I will never add anything to it, nor will I decrease anything from it. When he (the Bedouin) turned his back, the Prophet (may peace be upon him) said: He who is pleased to see a man from the dwellers of Paradise should catch a glance at this man. "


"7)Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

"Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) said: When there comes the month of Ramadan, the gates of mercy are opened, and the gates of Hell are locked and the devils are chained.

"8)Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit

"Abu Musa Al-Ash'ari, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) said: A believer who recites the Qur'an is like an orange whose fragrance is sweet and whose taste is sweet; a believer who does not recite the Qur'an is like a date which has no fragrance but has a sweet taste; and the hypocrite who recites the Qur'an is like a basil whose fragrance is sweet, but whose taste is bitter; and a hypocrite who does not recite the Qur'an is like the colocynth which has no fragrance and has a bitter taste.

"9)Aisyah r.a katanya: Pada suatu hari, beberapa Arab desa datang kepada Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya kepada para sahabat: Apakah kamu pernah memeluk anak-anak kecil kamu? Para sahabat menjawab: Ya. Orang-orang kampung itu berkata: Akan tetapi, demi Allah, kami belum pernah memeluknya. Rasulullah s.a.w lalu bersabda: Aku tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Allah mencabut rahmat dari kamu

"'A'ishah, may Allah be pleased with her, reported: There came a few desert Arabs to Allah's Messenger (may peace be upon him) and said: Do you kiss your children? He said: Yes. Thereupon they said: But we, by Allah, do not kiss our children. Thereupon Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Then what can I do if Allah has deprived you of mercy?

"10)Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti

"Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) said: One who makes efforts (for earning to be spent) on a widow and the destitute is like a striver in the cause of Allah, and I think he also said: He is like one who constantly performs night Prayer and observes Fast without breaking it.

 
     
     
 

ASMA' UL-HUSNA

 
     
         
 


Sesiapa yang ingin berkongsi maklumat sama ada dalam bentuk artikel, cerpen, program dan sebagainya boleh di hantar ke :




*
Moderator
luthfi.bakar@mmu.edu.my

 

 
 

Cari Kerja

Cari Kerja

Cari Premis Logo Halal JAKIM

Cari Info Berkaitan Islam
makluman berkaitan islam, bacaan a-Quran mp3 dll. Maklumat berkaitan Islam, Carian Hadith &  ayat al-Quran
 
     
 

PROGRAM
KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA  2007

Bertempat:
MMU Melaka

09 Mac 2007
Pertandingan Khat

10 Mac 2007
Forum Perdana

14 - 17 Mac 2007
 Ekspo Pertanian & Keusahawanan

17 Mac 2007
Pertandingan Mewarna
Bayi Comel, Gubahan,
Permainan Traditional


dan banyak lagi.....

Mai......jangan tak mai !!!

 

IS Team Portal
"

 
 


GOOGLE

 
     
 

 
     
 

~MMU Permata Dunia~

 
     
 

e - Info anda

 

F Kejayaan Graduan MMU  lebih lanjut
F Tips Menjadi Huffaz  
lebih lanjut
F Perbezaan Tahun hijrah & Masihi  
        lebih lanjut   
F Kisah Bangsa Yang Musnah  
        lebih lanjut

 

 e- Berita


Tarikh  :   03 Januari 2007
Tempat : Berhampiran Bangunan Fosee MMU Melaka

PROGRAM KORBAN & AQIQAH 1427 H 

 

       Bersempena Hari Raya Korban 1427H,  Multimedia University (MMU) telah menganjurkan Program Korban & Aqiqah berkelompok diperingkat Universiti.     Koleksi Gambar
 

 


 
     
 

 



 
Student Affairs & Sports Div.
Multimedia University
Jalan Ayer Keroh Lama
75450 Bukit Beruang
Melaka


*
Moderator
luthfi.bakar@mmu.edu.my


Visitor
visitors
 

 

 
     

 

 

e -  Ilmiah

Ayat & Tafsir Al-Quran

Surah Al-Ikhlas (ayat 1 - 4)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

 

 



 

Hadith & Terjemahan

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 

 

KATEGORI : IBADAH SOLAT  

 

Tajuk   :     Kepentingan Menjaga Solat


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.


Riwayat at-Tirmidzi
 

Huraian
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

 

 

Kelas Al-Quran Volume +1

Mari mengenal Tanda Baris

 


 



 

  F Ini merupakan pelajaran yang kedua di dalam Kelas Al-Quran. Sebelum ini kita telah belajar mengenal huruf-huruf arab.    lebih lanjut

 
 
Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata, Rasulullah s.a.w :
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali ganda. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf."
H.R. At Tirmidzi
 

 

 
 
     

 e- Iklaneka

   


Untuk Tempahan Tiket Boleh Menghubungi Agen-Agen Rasmi Yang Dilantik                                  Maklumat Lanjut Boleh Hubungi Urusetia Festival  Cik  Fakiha  017-212 9740 atau email : nasyidfest07@yahoo.com atau Layari http://nasyidfest07.iumelaka.com/tempahan-tiket/

Kursus  Pemahaman              
     &Penghayatan Islam

 Tarikh  :   6  - 8 April  2007
 Hari      :   Jumaat - Ahad
 Tempat :   Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi Selangor
                  

Anjuran
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Sukan
Universiti Multimedia Melaka


Kerjasama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


 

PENDAFTARAN

Adalah percuma!!!
termasuk penginapan, makan-minum, kertas kerja & sijil penyertaan,
 terbuka hanya 60 pendaftaran yang terawal sahaja.

~ Cepat Mendaftar!!! Tempat adalah terhad ~

  
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Ust Mohd Luthfi hj Bakar
06-252 3660 / luthfi.bakar@mmu.edu.my